Tuesday, August 21, 2012

Salam Syawal 2012 ♥

Saat Ramadhan berlalu dan Syawal pun tiba.

"Ramadhan tiba juga dibatas perpisahan
air mata ku gugur saatku lambai ia di lembayung senja

harapan bercampur ragu ku selit dalam setiap doa

mohon diterima amalan biar terkumpul segala rahmat
di Lailatul Qadar, malam terbaik seribu bulan.


Senja yang berlabuh pun terus mengamit Syawal

bibirku tak kering menyebut kalimah memujimu

takbir dari hamba-hambaMU bergema seluruh semesta

tak puas lagi aku sujud menyembah padaMu Ya Allah!!
dengan limpah izinMu, Syawal ku peluk dengan syukur. 


Ramadhan yang pergi dan Syawal yang tiba
Ku nikmatimu dengan penuh takwa dan keinsafan." 


Assalamualaikum semua :) Apa khahar? Sihat? Moga-moga sihat sejahtera lah yea. Alhamdulillah ♥ Nampak nya, Ramadhan telah pun melabuh kan tirai nya, dan ia memberi ruang kepada sahabat baik nya Syawal untuk membuka sebuah lembaran yg baru untuk kita semua.

Jadi, di kesempatan ini, saya Nurul Aiman Amin ingin memohon maaf, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, andai ada terkasar bahasa, tersilap langkah, tersinggung perasaan, dan ada janji yang tidak dikota. Halalkan segala makan minum wang dan apa-apa sahaja yang pernah diberi kepada saya. In simple phrase, yg tidak berkias-kias, kita kosong-kosong lah yea? Haha. Kepada yang balik kampung tu, hati-hati di jalan raya. Berseronok lah ada kampung tau :) And kepada yang main mercun tu, saya tak melarang, tapi, tolong lah main elok-elok! Jangan beraya dekat hospital tau!

Dalam kita bergembira menyambut Syawal, jangan lah pula kita lupa pada mereka-mereka insan yang kurang bernasib baik dan juga kepada mereka-mereka yang telah tiada. Hadiahkan lah mereka dengan Al-fatihah. Moga-moga di bulan syawal nan mulia ini, kita semua mendapat rahmat yang maha agung dari -Nya. Amin ya rabb! :)

Sekian, Salam Syawal, Ikhlas Dari,
Nurul Aiman Amin