Wednesday, October 23, 2013

Langkawi Permata Kedah, part 2.

Hi & Assalamualaikum! Kay lets continue our story. So from the last post, cerita last sekali I cerita is yg I pergi Dataran Lang kan. So,on the next day. We packed our things up, and went for an Island Hopping! And by 'packed our things up' means that we literally packed all our things up because we only stayed a night at The Cottage. Kitorang check out dah pagi tu. Hm sedih je. So back to island hopping, it is really fun! Benda ni benda ada dalam list 'Wajib Buat' bila korang kat Langkawi. Kalau korang tak buat rasa tak lengkap sangat stay kat sana tu. So island hopping ni harga dia is RM25 - RM30 per person bergantung kepada rate travel agent sana lah. Different travel agent different price okay.

First off, dia bawak kitorang ke Pulau Dayang Bunting. Kat situ diorang bagi kita 1 jam sahaja untuk mandi manda ke, photoshoot sana photoshoot sini ke, bawak paddle boat ke. Haaa bebas lah kita nak gerak for 1 hour. The water is soo cool! But the weather is extremely hot! I would really love to swim. But unfortunately, kita ni dah tak pandai berenang kan, rendam rendam kaki jelah kat tepi tepi tu. Hihi. Only Mia & Wan je yang enjoy mandi manda sana sinun tu. Hihi. Depa kata air sejuk bagai nak rak. Tapi dalam dia memang seram lah. Well kata air tasik kan. Tasik memang tasik semulajadi, memang lah dalam dia tak terkata kalau macam tu. And plus, we make a new friend! A Korean friend. He's a student from a college in Seri Gombak. His name is Kim Hyun Joong. Well that's what I heard. Sorry man, I didn't hear you clearly. But nice meeting you okay J 

Then after an hour spent dekat situ, depa bawak kita pergi Eagle Feeding pulak. Haa. Nama hebat en? Tapi tak bagi makan pun. Depa setakat campak macam roti ke apa kat dalam air then burung-burung helang tu pun lowered then ambik makanan kat dalam air tu. Camtu je. Ingat kan memang try letak burung helang kt tangan ke apa kan. Hahaha. Tapi kat situ bukan satu jam sangat lah. Sebab tak buat apa pun. Just bird watching je. Then after 20 mins atas bot, depa gerak. Depa bawak kita gi ni pulak....

 photo DSC_1016.jpg
 photo DSC_1010.jpg

Pulau Beras Basah! Yeaaaay. Okay kat sini boleh mandi manda sebab dia memang tepi pantai. Air dia pun memang lawa. Air dia sangat cantik. Bersih yang amat! Air dia biru. Jernih jugak lah. Kat sini pulak dia buat pit stop around 1 jam lebih gak lah. Oh, RED ALERT RED ALERT! Pulau ni banyak tu haa kawan kawan korang yang suka makan pisang tak pun suka curi makanan orang. Alaa yang nama dia monyet tu. Hihihi. Take care okay if you’re planning on going to this island. So after an hour, selepas badan dah fully basah and fully covered with sand, baru lah kami bertolak pulang ke jetty Tanjung Mali tempat first kami berkumpul ramai-ramai dengan tourist yang lain. And seperti biasa, depa ambik gambar kita randomly tu, then dia process gambar-gambar tu then potong cantik-cantik lekat kat atas plate. Yeay dah siap gambar atas piring cantik. Selalu nya I akan ignore je kalau diorang jual balik benda tu. Tapi kali ni semestinya harus dibeli sebab gambar tu perfect gila akak tu ambik! Haha harga pun kurang lebih RM10 je sepiring *eh sepiring ke?*

Okay so later on, kami pun check in ke tempat penginapan yang lagi satu. Tanjung Malie Beach Resort. Ini bukan beach resort dah, ini memang dah tepi pantai betul betul tepi pantai punya beach resort ah! Kay yang ni sumpah best. Sebab apa. Sebab kita dapat bilik yang hujung sekali yang sebelah tangga, and bilik tu pulak hang turun je tangga hang jalan depan sikit ja hang dah boleh terus terjun dalam air. Yeaaaay. Happy us is happy. The service, the view, the room, everything! Is perfect. Hihi. Harga pun boleh tahan lah. A room with two double beds, air conditioned, sea view, near to the sea, near to shopping area, near to Underwater World, near to convenient stores, plus a hot shower, is only RM200 for two nights! Incredible isn’t it? Alhamdulillah lah sebab semua memang perfect. After rest, after makan minum semua nya lengkap, next destination..... Langkawi Cable Car!

A lil bit far from where we stayed. Dalam 20 mins jugak lah perjalanan. So, siapa yang pernah pergi dulu, mungkin tak tahu yang sekarang ni, pihak cable car dah buat promo istimewa. Eh bukan promo dah, tapi memang harga istimewa untuk Warganegara Malaysia. Pemegang IC biru okay. Haaa tahu tak berapa harga untuk seorang warganegara Malaysia? Yes half price. Pandai. Dari harga yang asal nya RM30, bagi ic kat counter tu naaa, ticket anda hanya berharga RM15 sahaja! Yes tak tipu. Betul. Well, RM15 untuk perjalanan yang menyeramkan dan sangat tinggi is sooo worth it. Sebab bukan musim cuti sekolah, so tak ramai yang naik and time tu pulak memang tak ramai tourists pun. Jadi tak ambik masa lah untuk kitorang beratur. Woi. Tipu lah kalau tak gayat. Kalau naik flight memang lah tak gayat, hangpa bukan nampak pun luar tu sangat tingkap kecik ja. Ni naa kau tingkap dia besaq pintu! Guess what, I beranikan diri jugak untuk naik sampai ke platform number 2 where the sky bridge is located. But, hm sayang nya, sky bridge ditutup. Penyelenggaraan katanya. Sedih! I came to Langkawi to get on that bridge for the second time! Okay! Tapi awak tutup. Hm mungkin tiada rezeki bagi saya. Next time I datang lagi okay. And again, view yang amat indah tak terkata. Cuaca pun sejuk je kat atas tu. Tenang je hati. Hihi.

Okay, finally get off the cable car. Drive back to Tanjung Malie. Activity apa pulak nak buat petang petang? Haaa, naik basikal jom! Sewa basikal untuk satu jam is only RM5. Kalau sewa untuk satu hari is RM20. So kitorang pun ambik for 2 hours. Yang ni lawak. Dah berkarat dah tulang temulang ni nak naik basikal, gagah kan jugak diri nak naik sebab dah sampai kawasan pantai berangin-angin memang best and sesuai sangat kalau nak berbasikal. Hahaha. Jauh jugak lah kami berbasikal. Bermacam jalan kampung kitorang lalu. Buat pit stop for 10mins kat tepi sawah, tengok sorang pak cik ni nak masukkan lembu dia dalam kandang balik. Eh boleh siap borak lah jugak. Then kami pun teruskan berbasikal sampai terjumpa dua orang budak lelaki, tengah menjala kat tepi parit. Wow menarik perhatian orang Bandar macam kami betul ni! Apa lagi, buat pit stop lagi. I get the chance to throw the fish net into the water but it fails. Hahaha. I threw perfectly, but then I let go everything at once then the lil boy have to go in the water to pick up the net all over again. Hahaha. Best. Seriously best. Rasa macam buat rancangan dah pulak. Rancangan orang bandaq masuk kampung. Hiks. Nama budak tu Badrul. And dia suruh kami datang lagi esok nya sebab kali tu betul betul nak ajar. Alahai, tapi pack lah Bad kami punya schedule. Sorry. Lain tahun kami mai lagi naa? Thanks Bad! J


 photo IMG-20131013-WA061-1.jpg photo IMG-20131013-WA055-1.jpg